Thursday, February 19, 2009

Chap1 :HoChiMinhCity,Vietnam




Lukisan yang dijahit (bukan dilukis) dengan jarum dan benang....





Feb 6, 2009 : menjejakan kaki di bumi venice... ehh..perasan laaaa..bumi vietnam...tiba dengan pesawat MAS kali nih dengan rege tiket gi balik RM400/pax..(tapi kena la booked awal 6 bulan sebelum...huii)
Ben Thant market - tempat membeli belah yang popular di kalangan pelancong. nak jumpa orang Malaya senang bangat di sini...cuma nak tegur atau tak je depa nih...kekadang ada yang belagak tahap cipan...padahal setakat gi melancong vietnam, merasa guna duit USD, toksah le nak belagak, ntah apa2 la maknusia macam nih..(ek..emo la pulak..sori)..
Bebalik pada citer bejalan nih...penjual sini agak garang orangnya...nak mintak diskaun, kita kena berdiplomasi tapi kalau dah nego, pastikan barang tu dibeli..karang tak pasal depa leter bahasa ibunda depa....(walaupun tak faham tapi ekoran mata diaorang tuh....menusuk kalbu weh...), pas beli cepat je la beredar gi tempat lain .

Wednesday, January 28, 2009

Siri 2 : Lagi Koleksi Pokok Bunga Raya







Lagi siri tambahan koleksi gambar pokok bunga raya.... kira dah pandai nak 'closed-up'kan gambar..ala2 professional tapi tahap amatur photographer gituuuu..aauuwww...perasan i..

Siri 1 : Koleksi Pokok Bunga Raya












Jom cuci mata dengan melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa..sume koleksi gambar nih dapat dari perkarangan rumah kat kampung(Melaka),rumah sendiri(BktMhkt) dan rumah nenek(AG). Sebenarnya tengah nak pikir macamana nak pusingkan modal kalau plan A tak jadi..kena susun plan B, or C...pusing gak pala nih.....mmmm layan je la gambar munga nih...

Thursday, January 15, 2009

Serai : Awal Jan 2009




Serai : Awal Jan 2009
Tempat : Sg Petai, Melaka
Perancangan tanaman serai masih peringkat teori lagi.
Belum lepas peringkat praktikal sebab tersangkut di peringkat aliran tunai (huhu..)
Peringkat berangan tuh dah lama lulus....(heheh)

Tempat : Belakang rumah di Bkt Mahkota, Bangi
So, nak pujuk ati, tanam le sikit kat belakang rumah, dalam 5 rumpun
hari2 tinjau dari tingkap..., hujung minggu baru merumput..itupun kalau jiran 'obe-c' tuh tak de menyibuk kat dapur luar.
Penerangan gambar : serai ayam berusia 2 bulan, ikut teori cara tanam by Pak Tani . Yang lagi 3 rumpun tuh serai kampung.
Tiada racun, tiada baja..just wait and see...(pemalas tul..)
Nak tengok le beza antara kedua-dua specis serai.
Sasaran pasaran : member opis..heheheh(ada kaa???)






2009 : Permulaan perancangan yang belum tercapai







Salam permulaan 2009
Selamat datang 2009 (walaupun dah 15 hari lewat)
Alhamdullilah masih dipanjangkan usia menatap tahun 2009TM/1430TH.
Semoga apa yang dirancang dapat ditunaikan...Amin...


Kebun kelapa : awal 2009
Tinjauan pada 3hb Januari 2009 menampakkan sedikit kemajuan di kebun.
Dah terang... rasa boleh menarik nafas lega skit(skit je..tak leh banyak2...karang semput plak..heheh)
........and anak buah pun tunjuk 'skill' memasing ambik gambar di kebun.
Suke beno le tuh...lari sana sini....mentang2 dah bersih dari semak ....
Pandai plak buka 'pintu pagar buluh'...macam dah biasa je (musykil nih)....