Monday, June 29, 2015

#Travelholicawesome Photo Challenge Balik Raya 2015


YEAHHHH! PHOTO CHALLENGE DATANG LAGIIIII!
ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY?
LET'S DO THIS!


3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!

1. Setiap gambar MESTI ada Blogger.

2. Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".

3. Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yg motif raya la)

Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!


1. Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.

(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)



2. Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.

(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)



3. Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya.

(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)



4. Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.

(Lagi kreatif, lagi bagus.)



5. Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.

(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)



6. Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.

(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)



7. Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas.

(Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)



8. Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.

(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)



9. Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat.

(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)



10. Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya.

(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)



PERINGATAN!

- Ingat! 10 challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D

- Tarikh tutup ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27 July 2015). Jangan lewat tau!

- Post kat blog mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Patu letak 10 challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)

- Dah post, sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.

- Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee :)

- Segala keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!

THE BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!

FIRST PRIZE :

TIKET FLIGHT KE OVERSEA


SECOND PRIZE :

VOUCHER PENGINAPAN HOTEL


THIRD PRIZE :

VOUCHER TAMAN TEMA

Notes:

*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.

*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.

APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT! PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK?


P/S: Nak tengok macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya?
Hadiah tahun tahun sudah macamana rupanya?

Klik link kat SINI

nak tahu sapa pemenang tahun 2012....sila klik kat SINI (nih wajib tengok ...ehem..ehem...)
(sambil tiup hujung kuku jeling bahu kawan)
hehheeh
ok selamat berpuasa sume

~Organized and sponsored by #TravelholicAwesome.~

~Originated by Sekupang Team.~







Monday, June 22, 2015

2015 Formula 1 Malaysia Grand Prix


"Hi R****a,
We hope you enjoyed the PGL in concert.....
......we are giving you two FREE Grand Stands tickets ...to experience the FI ...."

Mendapat email ini dari MAS.....wa terpinga-pinga dengan rezeki datang mengolek.
Sebab..wa tak pernah pi sana untuk saksikan F1 ...tak pernah...
Maka.....

aktiviti rembatan tiket percuma tersebut bermula tanpa was-was.
(roger DrSinga, tapi beliau sibuk...kan..kan...kan....)

Akhirnya ..tiba hari yang dinantikan, selepas abis kenduri tunang sepupu wa, wa dan adik wa pecut simpan kereta di KLIA dan terus beli tiket shuttle bas RM10/pax return.
Senang..tak yah pikir-pikir serabut pala nak memandu ke Sepang Circut tu.



 panas ya amat!!!!

 wa dan adik wa...
konon2 nampak comel la tunjuk 'peace' macam tu
phuiiii...
(hahahahaah..kutuk diri sendiri..)
 28 Mac 2015 kami di sini
*bertabahlah..entry ini adalah siri entry throwback 3 bulan lepas
*tak de ke makna la F1 Malaysia nih buat dalam bulan Ramadhan...
* bulan posa nih elok la buat aktiviti makanan rohani..(sambil berzikir mulut nih walaupun tengah pikir ayat nak karang entry F1...ewah sangat..)
 
Ayuh sambung kisah kami lagi di sini

 jom masuk tengok ada apa
ooo ada pameran kereta.
ooo..ok jom cari F GrandStand tu mana lokasinya

 setelah tercangak-cangak bagaikan orang sesat..
(memang ko sesat ..hahaha...) tanya petugas, akhirnya kami ke sini
Naik shuttle bas
 oooooo sini rupanya tempat letak kete yang paling mahal
tengok jenis kereta pun...ok...ok...
RM200 nih bole beli KFC belanja satu department (tetiba)

 lagi masuk ke dalam
lagi murah harga tempat letak kereta
oooo RM30.00 nih lepas la makan tengahari untuk 3 hari...hehe

 dan kami teruskan perjalanan kami ...
 dah sampai
Bay no 12 nama tempat nih
tuuu F GrandStand

"akak datang lewat...dah start pun F1 tu kak..."
kata budak jaga tiket sambil bagi balik tiket tu ke wa
"hehe..akak saja je nak datang lewat..nak nikmati suasana..."
(suasana apa? musim salji? sudah laaa...panas terik tu weh!)


dah mula rupanya

 walaupun tiket tu tertera no
tapi kalau dah lambat sampai
maka, tempat ko dah kena ambik dek orang lain
...
tak jauh dari tempat wa kena ambik, maka..wa pun ambik la tempat orang lain
heheeh

 permandangan yang wa nampak
lalu pulak mat salleh nih dengan anak dia

 agak-agak la berapa pulak rege tiket dok situ ek?

 dok pusing-pusing kereta F1 nih
ntah berapa kali buat lap
wa pun tak tatau
10 minit sebelum abis event, wa dan adik turun dari tempat duduk
kami ke bawah..saja.
santau... eh santai
hahahaah salah taip pulak

macam pro..padahal...
nih je? ek ele....

tak puas hati dengan kamera, handphone jadi mangsa

kalau setakat gambar awan....
tak yah susah-susah pi Sepang laaaa....
haishhh....

 ramai nya manusia...
jom balik jom..sat lagi sure sesak jem nih

 tengok harga barang tu dari jauh
mahal owwowowwowow....
(genggam duit syiling nanti nak beli air mineral )

 nampak dah perkataan enstek dari sini

 bas persiaran nih untuk mereka yang datang secara rombongan dari luar negara.
ele..wa pun datang sini naik bas.....

 nih....shuttle bas wa
heheheh
jom balik

 tiba sini, tukar bas lain
ke KLIA pulak
 sila beratur
jangan rebut-rebut
bas sentiasa cukup

 mujur wa keluar awal.
tu nampak tu..dah panjang dah orang beratur...

 dan juga mereka yang nak parking free...
letak je kete kat sini

 yes...THANKS TO MALAYSIA AIRLINES
for this FREE TICKETS

opportunities given
can be missed

I been here
how about you?

ewah ....
speaking la pulak ko?


5 hari sudah kita berpuasa
semoga amalan kita diterima oleh Nya

amin...

next...another throwback entry
bertabahlah iya...

Thursday, June 18, 2015

Resort AgrofarmStay @ Skill-Tech


Sapa tadi dah terlepas kisah wa di sini leh terjah kat SINI dan SINI
melampau nyer review sampai buat 3 entry.
ahahhahaha..gile kuasa

EH lupa nak tanya....PUASA KER ARI NIH?
.
.
.

meh jengok kisah di balik lensa wa kali ini

meninjau pelajar Utem bergambo sebelum beraksi silat

 bila perantin selfie sendiri di pelamin

Oh ya...ini adalah produk iLHAM Katering & Galeri Perkahwinan
One Stop Wedding Centre - tagline mereka
Boleh layari website derang di SINI kalau nak tau lebih lanjut tawaran terkini .


jom bergambo ramai-ramai jommm...
pandang kat lantai
pastu

 pandang kat langit
heheheh

 apabila peng'kaut' ikan digunakan untuk 'kaut' mangga?

 nih hasil mereka
heheheh
ada juga pokok buahan yang lain seperti....

 




 melihat kambing bebas berlari sana sini

 dan itik ....
 makan secara berjemaah

 dan juga hasil telur itik yang bersepah


melihat pokok teratai


 apa?
tak suka teratai?
ok
pi tenung tasik nih pulak

 apa?
tak suka air tasik?
suka lagi air klorin?
 nah..hambek nih
kelihatan peserta renang berirama sedang beraksi

 Saya suka aiskrim
Saya makan 3 ketul aiskrim ini
Saya gembira
ehhhh
saya?
Nak mereka datang ke majlis anda? sila hubungi no yang tertera di gambo tu

 bubuh sendiri banyak mana 'topping' yang nak.

 satu lagi produk tempatan iaitu Hanis Fancy Chocolate
sila la terjah di SINI untuk kisah selanjutnya.
Wa dah kokak makan bekas cekelat nih..
Tak manis sangat dan memang terasa kecekelatannya weh!!!




Satu lagi produk tempatan yang terkenal di Melaka...Dodol..yeah!!!
Dodol Masyhur diberi nama
boleh dihubungi di : dodolmasyhur@gmail.com
ataupun : 017- 376 9592


gitu la kisah wa di SkillTech Agrofarm Stay Resort, Durian Tunggal, Melaka


 berjumpa lagi ramai ahli blogger yang lain

 
korang nih kelakar...
ada yang sporting
ada yang very welcoming
dan ada yang .....
selamat maju jaya untuk kalian
Dunia Blog adalah kecil...
iya.
Wa cuma wujud sebagai blog kecil di alam maya ini
Silap dan salah tentang entry nih..tolong jangan batch marah aaa...hahah

dan jangan lupa...jika perlukan percutian sempoi... meh la ke
RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH, 
Durian Tunggal, Melaka.
layarilah : www.agrofarmstay.my untuk keterangan lanjut

Next...
wa lapar nak pi pasar ramadhan jab....kbai...
SELAMAT BERPUASA HARI PERTAMA UNTUK SEMUA.